Tips memilih homestay..
Kawan- kawan boleh rujukan ini
Tips memilih homestay
Tips memilih homestay yang terbaik untuk penginapan anda sekeluarga:
1. HARGA YANG BERPATUTAN
Harga yang berpatutan dan juga suasana rumah yang selesa akan membuatkan anda tidak merasa rugi membayar untuk servis yang disediakan.
Berkemungkinan juga anda
datang ke satu destinasi untuk tujuan perniagaan atau bekerja/melaksanakan projek perniagaan, anda semestinya akan menjimatkan kos operasi anda sekiranya menyewa rumah yang bersesuaian dengan jumlah pekerja yang ramai. Semestinya Pekerja anda memerlukan tempat penginapan yang sesuai setelah penat bekerja seharian.
2. LOKASI
Lokasi yang strategik amat penting dalam pemilihan Homestay terbaik untuk anda! Homestay yang dipilih mestilah berdekatan dengan tempat-tempat sasaran lawatan anda. Anda boleh menjimatkan belanja minyak petrol anda jika homestay pilihan anda berada dalam kedudukan strategik; ditengah-tengah kawasan sasaran lawatan anda. jangan pilih Homestay yang anda perlu mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke tempat-tempat sasaran anda.
3. KESELESAAN
Anda boleh merujuk iklan Homestay di mana-mana laman web atau blog dan akan terdapat foto-foto dalaman Homestay.
Langkah seterusnya adalah berhubung terus dengan pemilik Homestay untuk bertanya lebih lanjut mengenai Homestay tersebut.
Keselesaan dalaman dan kawasan persekitaran amat penting dalam kriteria pemilihan Homestay.
Sekiranya perlu, datang & lihat sendiri Homestay sasaran anda sebelum anda membuat tempahan/ booking.
4. KEMUDAHAN
Anda perlu tahu jumlah bilik, saiz bilik, jenis katil, bilangan katil, ruang dapur, ruang tamu, bilangan tandas dan lain-lain.
Anda juga boleh bertanyakan kemudahan-kemudahan lain seperti kemudahan tempat makan, kedai runcit, dobi, bank dan lain-lain kemudahan penting yang ada di sekitar Homestay pilihan anda.
Jika anda merancang untuk ke KLIA, sepang atau kawasan sekitarnya , FR Homestay KLIA adalah pilihan yang tepat dan buatlah penempahan segera ataupun boleh menghubungi kami dengan kadar segera. Telefon : 018-2850986 (fauzi) / 012-6791920 (ila)😊😊
No comments:
Post a Comment